Duit!!Duit!!Duit!!
sesiapa sahaja yang hidup di bumi atau dunia, mesti mempunyai wang kepunyaan sendiri. Tanpa duit, kita semua tidak akan dapat hidup dalam kehidupan yang selesa. Kita semua tahu bukan senang untuk mendapatkan wang daripada hasil titik peluh sendiri. Wang boleh diperolehi dengan cara yang baik atau jahat!! Jika baik, kita bekerja dangan orang lain atau membuat bisnes sendiri. Manakala jahat pula, ialah kita mencuri, dirasuah dan menipu duit orang lain. Tetapi sebaik-baiknya kita dapatkanlah duit dengan cara baik dan halal!! Sebenarnya duit tidak susah nak dicari tetapi memerlukan 3K iaitu kesabaran, ketekunan dan kerajinan. Bukan apabila kita kata nak jutawan besoknya kita jadi jutawan sudah. Bukti duit ada d mana-mana sahaja. ( Seorang datuk telah berpesan kepada anaknya sebelum beliau menghembuskan nafas yang terakhir. Beliau memberikan kepada pemuda tersebut sebidang tanah seluas 1 ekar!! sebagai wasiatnya. tetapi sebulan kemudian pemuda tersebut menjual tanah tersebut kepada kawan baiknya dengan harga RM 100,000.00. Duit tersebut beliau gunakan untuk berhijrah ke Bandar Metropolitan Kuala Lumpur. Tetapi kawan baik yang membeli tanah itu telah mengusahakan tanah tersebut dengan menanamkan sayur-sayuran dan sebagainya. Setahun kemudian, pemuda tersebut telah kembali ke kampung halamannya dan membawa kegagalan dan bukan kejayaan. Lain pula yang terjadi kepada kawan baiknya, beliau telah menjadi seorang yang terkenal di kampung dan sangat kaya. Kekayaan tersebut telah diperolehi dari mana. Mestilah daripada tanah yang pemuda telah jualkan kepadanya kerana beliau mengusahakan tanah tersebut. ) Kesimpulannya di sini, duit boleh diperolehi di mana-mana sahaja walaupun di kampung. Duit tidak semestinya boleh diperolehi di bandar-bandar besar!! INGAT!!
Sekian...
Terima Kasih..
